Laman Rasmi KPKM

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Dimanakah halatuju dan apakah bentuk cabaran mahasiswa di Malaysia kelak?

E-mail Print PDF
Dimanakah halatuju dan apakah bentuk cabaran mahasiswa di Malaysia kelak?

16 ogos 2008- Forum ini diketengahkan kepada ahli KPKM dengan tujuan mensiagakan ahli apabila turun ke masyarakat di tanah air kelak. Forum yang menjemput dua ahli panel ini iaitu ustaz Mohd Asri Mat Daud - Anggota Lembaga Penasihat KPKM bersama isteri ustazah Raden Siti Nabahah Ahmad Zabidi telah diadakan di TK RKB sekitar jam 9 malam. Forum yang dibincangkan ini, bertajuk “Halatuju dan cabaran mahasiswa di Malaysia” merupakan anjuran duo iaitu Akademi Rancangan Mahasiswa Tahun Akhir (KARISMA) di bawah Jabatan Timbalan Yang Dipertua dengan kerjasama Kelab Mahasiswi Tahun Empat (KMTE) di bawah Lajnah Pengetahuan dan secara umumnya, gabungan ini dikenali dengan nama KARISMATIK.

Forum yang diatur ini adalah untuk melihat sejauh mana persediaan kita untuk terjun ketengah-tengah masyarakat di Malaysia nanti. Halatuju yang pasti dilunaskan dengan acuan Islam dan cabaran yang sudah tentu menerpa merupakan satu ujian daripada Allah Ta’ala. Tegas al-fadhil ustaz Mohd Asri Mat Daud, beliau yang juga turut mengupas selok-belok cabaran yang perlu ditempuhi apatah lagi kita yang menjadi produk anak didik Universiti al-Azhar  atau keluaran daripada Timur Tengah ini. Begitu juga dengan penglibatan daripada mahasiswa yang telah tamat dalam bidang perubatan, jua tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk menyampaikan masej Islam kepada masyarakat sekeliling nanti.

Isteri beliau yang juga ahli panel forum pada malam tersebut turut menggesa agar peranan mahasiswi tidak dipersia-siakan apabila menjalankan siri yang sama dengan menyebar dakwah di Malaysia kelak. Justeru, beliau menyarankan agar mahasiswi perlu kehadapan selari dengan kehendak dan aturan semasa, namun mestilah dengan kaedah yang telah digariskan oleh syara’.

Majlis yang berlangsung dan tamat sekitar jam 11 malam ini dihadiri penuh oleh ahli KPKM dan difahami dengan baik oleh hadirin semua.
 

Utama

Login

Ahli KPKM

Semak nombor keahlian KPKM anda di sini. Masukkan nama anda atau bapa anda.

Data masih lagi dalam proses kemaskini. Sebarang kesilapan dan pembetulan dan juga penambahan bolehlah emailkan kepada hosmu [at] yahoo.com.


Hari Ini

Iklaneka

Kotak Jerit

Kotak Jerit e-KPKM. Alternatif kepada forum. Harap boleh gunakan dengan baik. Saya masih mencuba untuk masukkan ke dalam frontpage ini.