Laman Rasmi KPKM

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Benarkah kelas tafaqquh fiddin ditangguhkan? atau hanya...

E-mail Print PDF
Benarkah kelas tafaqquh fiddin ditangguhkan? atau hanya...

7 september 2008- Tajuk diatas mengundang persoalan dan perlukan jawapan. Ya, menerusi iklan yang tertera dan telah pun dianjurkan oleh Unit Kelas Tafaqquh fiddin dibawah Lajnah Pengetahuan, Kelas pengajian kitab turath yang dikendalikan oleh UNIFA ini telah ditangguhkan sehingga ke musim sejuk sesi hadapan (0809).

Majlis yang bertempat di TK RKB ini bermula sekitar jam 9.30 malam iaitu selepas semua hadirin selesai menunaikan ibadah solat sunat tarawikh secara berjamaah. Majlis ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meraikan tenaga pengajar UNIFA yang telah menyumbangkan khidmat dengan menyampaikan cenderahati sekaligus berpeluang mendengar amanat oleh tenaga pengajar sendiri.

Antara tenaga pengajar yang hadir ialah ustaz Ahmad Fuad Amran, ustaz Khairil Anuar Soleh dan ustaz Khairul Anuar Ismail.

Terdahulu majlis turut menjemput pengarah UNIFA dengan memberikan sepatah dua kata kepada hadirin yang hadir. Majlis seterusnya menjemput ustaz Hamdan Mustafa - Ketua Lajnah Pengetahuan untuk memberikan kalam beliau. Kemudiannya, majlis menggantikan ucapan dengan memberi laluan kepada YDP KPKM - ustaz Adnan Wazir untuk memberi serba sedikit ucapan khas kepada tenaga-tenaga pengajar dan hadirin yang hadir. Selesai ucapan daripada beliau, majlis seterusnya membuka ruang kepada seluruh tenaga pengajar yang hadir bagi sama-sama memberikan ucapan, berterima kasih kepada seluruh ahli KPKM yang setia bersama kelas pengajian dari awal hingga akhir iaitu selama dua musim ( musim sejuk dan panas).

Sebelum majlis ditutup, slot penyampaian hadiah turut diadakan dan diberi kepada semua tenaga pengajar termasuk tenaga daripada kelas tadarrus al-Quran. Turut menarik perhatian hadirin adalah penyampaian hadiah kepada pelajar mithali kelas tafaqquh iaitu ustaz Syafiq Irsyaduddin ( Ketua Editor An-Naba’) dan ustazah Sukeriah Harun. Pihak penganjur mengucapkan syabas kepada kalian berdua.
 

Utama

Login

Ahli KPKM

Semak nombor keahlian KPKM anda di sini. Masukkan nama anda atau bapa anda.

Data masih lagi dalam proses kemaskini. Sebarang kesilapan dan pembetulan dan juga penambahan bolehlah emailkan kepada hosmu [at] yahoo.com.


Hari Ini

Iklaneka

Kotak Jerit

Kotak Jerit e-KPKM. Alternatif kepada forum. Harap boleh gunakan dengan baik. Saya masih mencuba untuk masukkan ke dalam frontpage ini.