Laman Rasmi KPKM

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

STATISTIK MUQAYYAD MAHASISWA/I KELANTAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR SESI 2008/2009

E-mail Print PDF

STATISTIK MUQAYYAD MAHASISWA/I KELANTAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR SESI 2008/2009


    Seramai 98 orang mahasiswa/i baru Kelantan Mesir telah mendapatkan tempat di Universiti Al-Azhar Mesir sesi 2008/2009. Daripada jumlah tersebut seramai 81 orang terdiri daripada siswa dan 17 orang sisiwi.

    Bagi siswa, seramai 21 orang telah berjaya mendapatkan tempat di

Kaherah. Masing-masing 5 orang berjaya mendapatkan tempat di fakulti Bahasa Arab, 11 orang di fakulti Syariah Dan Undang-undang jabatan Islamiah dan 5 orang di jabatan Usuluddin.

    28 orang yang berjaya mendapatkan tempat di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta pula masing-masing 22 orang di fakulti Syariah Dan Undang-undang jabatan ISlamiah dan 6 orang di fakulti Usuluddin.

    Angka 20 orang yang berjaya mendapatkan tempat di Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat pula merupakan jumlah yang agak ramai jika dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Pihak KPKM dimaklumkan oleh USMB PMRAM bahawa pelajar Kelantan adalah yang paling ramai ditempatkan di cawangan Dumyat pada tahun ini daripada jumlah keseluruhan mahasiswa Malaysia. Seramai 15 orang ditempatkan di jabatan Syariah Islamiah, 4 orang di jabatan Bahasa Arab dan hanya seorang di jabatan Usuluddin.

    5 orang mahasiswa yang berjaya mendapatkan tempat di Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah dan semuanya adalah di jabatan Bahasa Arab. Seramai 7 orang berjaya melayakkan diri di Universiti Al-Azhar cawangan Zaqazik dengan jumlah seramai 4 orang di fakuliti Bahasa Arab dan 3 orang difakulti Usuluddin.

    Bagi siswi pula seramai 7 orang berjaya mendapartkan tempat di Universiti Al-Azhar Lil Banat, Kaherah dengan masing-masing dua orang di jabatan Bahasa Arab dan selebihnya di jabatan Syariah Islamiah.

    Seramai 8 orang pula berjaya mendapatkan tempat di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah dengan masing-masing 3 di jabatan Bahasa Arab dan 4 di jabatan Syariah Islamiah.

    Manakala di Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah pula hanya dua orang siswi yang berjaya menempatkan diri dengan masing-masing seorang di jabatan Bahasa Arab dan Syariah Islamiah.

    Masing-masing seorang siswa dan seorang siswi sedang dalam proses permohonan semula memandangkan terdapat masalah semasa urusan permohonan kali pertama untuk mendapatkan tempat di Universiti Al-Azhar. Kedua-dua permohonan yang ditolak adalah ekoran daripada kesilapan penghantaran sijil asal. Kedua-duanya tidak menyerahkan sijil STAM asal kepada pihak universiti. Walaubagaimana pun proses mendapatkan balik sijil asal telah dibuat dan dalam proses penantian.

    Sehubungan itu juga, pihak KPKM telah dimaklumkan oleh USMB PMRAM bahawa tarikh tauzik mahasiswa/i baru adalah bermula pada 11 November 2008 hingga 13 November 2008. Jadual urusan tauzik akan dimaklumkan kemudian. Dibawah disertakan statistik ringkas jumlah muqayyad mahasiswa/i Kelantan di Universiti Al-Azhar 2008/2009

STATISTIK RINGKAS JUMLAH MAHASISWA/I KELANTAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR 2008/2009

SISWA

1    KAHERAH = 21 ORANG
2    TANTA = 28 ORANG
3    DUMYAT = 20 ORANG
4    MANSURAH = 5 ORANG
5    ZAQAZIK = 7 ORANG
6    BELUM MUQAYYAD = 1 ORANG   

JUMLAH MAHASISWA BARU SESI 2008/2009 = 82 ORANG

SISWI

1    KAHERAH = 7 ORANG
2    ISKANDARIAH = 8 ORANG
3    MANSURAH = 2 ORANG
4    BELUM MUQAYYAD = 1 ORANG

JUMLAH MAHASISWI BARU SESI 2008/2009 = 18 ORANG

Sekian.

Last Updated ( Tuesday, 11 November 2008 20:06 )  

Utama

Login

Ahli KPKM

Semak nombor keahlian KPKM anda di sini. Masukkan nama anda atau bapa anda.

Data masih lagi dalam proses kemaskini. Sebarang kesilapan dan pembetulan dan juga penambahan bolehlah emailkan kepada hosmu [at] yahoo.com.


Hari Ini

Iklaneka

Kotak Jerit

Kotak Jerit e-KPKM. Alternatif kepada forum. Harap boleh gunakan dengan baik. Saya masih mencuba untuk masukkan ke dalam frontpage ini.