kita dan Isra’ Mikraj
30 Julai 2008- Walaupun dilaksanakan saban tahun bersempena kedatangan Isra’ Mikraj di
bulan Sya’ban yang mulia ini, kehadiran tetap penuh dan padat dengan ahli KPKM. Bertempat di TK RKB, selepas isyak, ceramah yang dianjurkan bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah ini mengetengahkan al-fadhil ustaz Mohd Asri Mat Daud yang juga selaku salah seorang anggota penasihat KPKM sesi ini.
Selain memberi pemahaman yang menyeluruh dan secara terperinci mengenai peristiwa yang besar ini, beliau turut mengaitkannya dengan kehidupan umat Islam pada waktu sekarang. Bagaimana kita mengunci kemas pendirian untuk bersama dengan saudara seakidah kita di bumi Palestin khususnya yang menjadi isu umat Islam seluruh dunia. Beliau turut menceritakan serba sedikit peristiwa ketika Rasulullah s.a.w diundang oleh Allah Ta’ala untuk berada sehingga ke langit ketujuh melangkaui perjalanan para malaikat. Bagaimana Rasulullah menerima kewajipan solat lima waktu dan dosa mahupun pahala yang setimpal dengan perbuatan manusia di dunia.
Rata-rata hadirin yang mendengar ceramah beliau berpuas hati. Majlis berakhir sekitar jam 11 malam.











